• Hari Raya Sales up to 50% Off | Delivery Available for West Malaysia, East Malaysia and Singapore! Shop Now!
icon-search
icon-search

Goodnite Berjaya Gabungkan Tilam Anti Statik & Fabrik Sejuk Pertama Di Malaysia

Goodnite Berjaya Gabungkan Tilam Anti Statik & Fabrik Sejuk Pertama Di Malaysia

Nak tahu apa yang bestnya pasal tilam tu, meh sini nak share… Katanya tilam jenis ni pertama dekat Malaysia!

Kalau cerita tentang kualiti tilam Goodnite ni memang terbaik gais! Ini kerana mereka sudahpun berjaya hasilkan produk tilam dan peralatan tidur yang inovatif serta berpatutan sejak tahun 1989 lagi. Memang jadi pilihan rakyat Malaysia lah, tak cari tilam lain dah lepas pakai.

Berbeza dengan Love Series II, Goodnite kali ini memperkenalkan Love Series III dan ia lebih istimewa apabila Goodnite telah menggabungkan teknologi fabrik dari dua negara iaitu STATFREE® (Belgium) dan IceSleep® (Jepun).

Penggabungan fabrik DUOCARE™ teknologi ni adalah yang pertama di Malaysia tau, jadi korang tak perlu pening lagi nak pilih tilam mana satu sebab Goodnite dah letak dua teknologi terbaik ni dalam satu tilam.


GLS1.jpg


Apa fungsi DUOCARE™ teknologi ni?

STATFREE® merupakan teknologi anti statik yang ada pada fabrik permukaan tilam bagi membantu meneutralkan statik atau caj elektrik yang ada pada badan kita. Dengan teknologi ini, badan kita akan mendapat rehat yang cukup dari keletihan seharian bekerja dan mampu tingkatkan kualiti tidur.

Teknologi IceSleep® pula akan memberikan pengalaman tidur yang luar biasa dan lebih mewah. Ini disebabkan adanya Icy Yarn yang diperbuat daripada zarah nano mika yang telah dihancurkan daripada jed terpilih.

Zarah berskala nano yang hanya 1% je lebarnya dari sehelai rambut ini telah diletakkan dalam benang tilam untuk mengimbangi pernafasan dan keselasaan bila kita baring.


GLS2.jpg

Senang cerita, bila kita rebahkan badan atas tilam ni, rasa sejuk dan selesa gila. Tak sampai 10 minit, mesti terus meleleh air liur basi korang…


Dekat permukaan fabrik tilam itulah ada DUOCARE™ teknologi…

GLS3.jpg

 

Spring poket dua lapisan.

Love Series III ini mempunyai dua lapisan spring yang berbeza, terbahagi kepada keras dan lembut. Dengan spring yang dibalut secara berasingan, ia akan memberikan sokongan ergonomik saiz dan berat badan kita. Barulah tak terasa terapung je tidur atas tilam, tulang belakang pun akan terjaga dengan betul mengikut bentuk badan.


GLS4.jpg

100% lateks asli

Love Series III ini menggunakan 100% Latex iaitu susu getah asli bagi melancarkan pernafasan dan mengurangkan alahan. Memang selesa gila lah bila tidur nanti..

Tilam tak sesuai dengan badan boleh buat pertukaran?

Love Series III ada 3 jenis yang korang boleh pilih iaitu Perfect Love, Tender Love dan In Love. Sekiranya tilam yang korang pilih tidak sesuai dengan badan atau rasa tak selesa, korang boleh lakukan pertukaran untuk pastikan kita dapat tilam Love Series III yang terbaik (mengikut terma & syarat).


GoodniteLoveseries 3 Model.jpg

RM90 Je Sebulan, Biar Betul?

Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh dapatkan Love Series III, In Love saiz queen dengan ansuran hanya pada RM90 je sebulan tanpa faedah tau. Pergh! Memang mampu milik…

Setiap pembelian tilam Love Series III, kita dapat jaminan selama 15 tahun dan percuma bantal LATEX berharga RM588.



Untuk Pembelian Online, Boleh terus PM kami ataupun Langsung Walk In ke Kedai kita dan cuba Tilam tersebut:

Alamat Kedai : Rio, No 3, IOI, Lebuh Puteri, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor. 





**Semua Konten Di Atas Dari  : OH! MEDIA

[ Jika ada Pelanggaran Hak Cipta, Sila hubungi kita untuk Delete, Kami mohon maaf atas apa-apa kesusahan ] 

 



Older post Newer post


Your cart is currently empty.
Continue shopping